Thursday, March 20, 2014

Singapore kami datang! Day 1

 
Muka memasing sebelum naik flight
Sabtu lepas kami sekeluarga bersama BFF sekeluarga menjejakkan kaki ke Singapura. Sebenarnya plan asal ke Singapore adalah antara MrD dan suami BFF (MrF) yang mahu melihat datuk Mick Jagger dan kawan2 aka ROLLING STONES buat concert di sana. Aku memang takda la hati nak ikut sekali sebab kata MrD, diorang nak pegi concert saja. Pegi-concert-balik-tido airport-balik Malaysia. Itulah plan asalnya. Akan tetapi plan itu berakhir dengan plan ke USS juga secara berjemaah selepas si isteri-isteri campur tangan. Kahkahkah. So ke Singapore la kami 2 keluarga. Pergi hari Sabtu balik hari Isnin. Ben terpaksa ponteng sekolah Isnin tu sebab flight petang Isnin, so tak sempat nak pegi class. Lagipun cikgu dah cakap kalau jerebu tak payah datang sekolah. Baik cikgu, huhuhu. Kami decided nak bawak kereta and parking di LCCT. BFF decided nak naik cab dari rumah. So berjumpalah kami 2 keluarga dekat LCCT dalam pukul 8 lebih hari Sabtu tu. Breakfast kat MCD pastu terus check-in bag. Kami masing-masing bawak stroller. So untuk sesiapa yang nak berjalan naik AirAsia bawak stroller, don’t worry stroller boleh check-in free. Korang boleh angkut sampai parking kapal terbang tu pastu fold and letak je dia kat bawah tangga tu. Jangan risau ada orang jaga kat situ akan angkut stroller korang masuk bonet kapal terbang. Flight nak pergi memang sedikit jahanam. Dah la sekarang tengah cuak-cuak pasal missing MH370, flight kitorang goyang-goyang gerudi pulak masa nak take-off tu. Huisssh, seram ok. Walaupun muka maintain rileks tapi dalam hati memang berdoa banyak-banyak. Bukan apa, bawak budak-budak ni kang kalau kita pun buat muka cuak, diorang apatah lagi. Huhu. So Alhamdulillah landed dengan selamat kat Changi Airport. FYI last time, low cost flight turun dekat Singapore low cost terminal tapi sekarang no more. Semua kat Changi Airport. Cuma beza-beza terminal saje. Air Asia dekat Terminal 1. Kitorang decided naik MRT ke hotel sebab tak rushing pun. Turun dekat MRT station Plaza Singapura untuk grab lunch sebelum heading to hotel. Kitorang stay dekat Innotel, Penang Lane. 5 minutes walking distance ke MRT Dhobi Ghout dan Plaza Singapura. Sebelum ni dah pernah stay sini so memang ok la price dia. Next time kalau nak stay sini, manager hotel ni siap offer 10% discount. Heheh, return customer kan. Bapak-bapak budak-budak ni gerak dari hotel dalam pukul 5p.m. untuk ke concert. Kitorang yang tinggal ni lepak la kat hotel sambil tengok youtube kat tv. Oh hotel ni WIFI free. So boleh la update apa yang patut kat FB ke Insta ke, eceh :P Around 6pm kitorang gerak keluar from hotel nak grab something for dinner kat Plaza Singapura. Sambil tu BFF nak jumpa ex-colleague dia yang keje kat sini. Lepas dinner pergi Cold Storage beli snack tuk bebudak ni, uish memang rambang mata la tengok shelves for snacks and chocolates dia. Tapi lepas convert erks fikir 18kali nak beli. So just grab apa yang patut je. Balik hotel, lepak-lepak kejap dengan BFF sampai la bapak-bapak budak ni balik dari concert. Dah la penat ai type, korang layan la gambar-gambar ni.
Muka dalam flight sebelum take off.

Ben yokyok je tengok map sambil garu-garu kepala :P

Layan upin ipin kat hotel

Sarah kepenatan

Baby Clayden, anak ex-colleague BFF

Ini je ole-ole dari concert Rolling Stones. Merchandise mahal, even t-shirt yang Mr D beli pun dah SGD50, erks.

MATTA Fair 2014

Terus terang cakap, aku tak pernah jejak kaki ke MATTA Fair sebelum ni. Adalah hari tu dah berjanji dengan anak sulung (Ben) nak bawak pergi Disneyland Hong Kong cuti sekolah tahun ni. Tak decide la lagi cuti sekolah bulan berapa tapi since dah berjanji, kenalah ditepati. Tak baik kot dah pung-pang kat anak pastu ko buat diam-diam je bajet dia tak ingat. Dapat budak macam Ben ni memang x dapat la nak capati janji tu sebab dia akan remind ko okay! So, last Air Asia Promo ada la jugak check kot-kot ada free seat ke Hong Kong TAPI hampa noks. MAHAL kot. So memang mengharapkan Matta Fair ni kot ada pakej-pakej murah bak kata orang Kuala Selangor, within the budget. Jadi dah siap-siap mark calendar 14/3/14 so ke PWTC la aku. A week before aku dah beli online entrance ticket sebab masa aku gugel MATTA fair punya website diaorang recommend suruh beli ticket online so tak payah la beratur sangat kat sana nanti. Aku sampai PWTC lebih kurang kul 9am kot parking lot dah almost full. So naik ke entrance floor, ticket counter belum buka tapi orang dah siap beratur. Kalo beli online macam aku, diorang ada buka satu counter je. Cash term banyak counter so don’t worry la. Lambat or cepat sure dapat je ticket tu. OK, so bila dah redeem ticket ko akan dibekalkan shopping bag pastu berkeliaran lah korang mencari pakej-pakej pelancongan idaman. Diorang ada buka 3 hall. 1st hall untuk domestic plus booth-booth untuk Indonesia. Hall 2 dan 3 untuk overseas. One thing yang aku suka pasal MATTA fair ni dia macam very organize.
Turkey pun menarik, tapi aku nak pegi Las Vegas lah (yela, pegi buat Haji lagi bagus)

Walaupun ko kena jalan jauh sikit from Hall 1 to Hall 2 & 3 tapi tak rasa peluh ketiak pun sebab sepanjang jalan ada water mist tu. Maybe sebab diorang dah banyak kali organize benda ni so all the hiccups diorang dah improve la kot (aku tak sure la previous year macam mana kan sebab ni memang first time pegi). Lepas survey semua hall aku end up NO DISNEYLAND HK. Hiks :/ Sebabnya banyak benda nak fikir mana flight ticket pastu accommodation semua lagi.
Korang nak pegi Kenya pun adaaaa

Hish. So in the end aku focus domestic je, lepas tengok Club Med punya package macam menarik, RM1116/pax kalo tak silap. Kids stay for free. So tepon la suami tanya macam mana (aku pegi MATTA Fair ni sesorang, takde sapa nak ikut. HAHAMPEH). TAPI dia boleh object cakap x berapa best sangat la ini la itu la. Pastu aku tensi. Jalan lagi balik ke Hall 1. Jumpa booth Berjaya Hotel. Eh menarik package dia. Berjaya Tioman incl. airline tix RM7++/pax. Naik flight kat Subang airport, huh memang menarik la dekat sangat dengan rumai ai. So terus setuju beli. Dah settle payment diorang suruh pulak spin wheel of fortune untuk dapat freebies pastu siap free coffee lagi from Starbucks. Uish aku lagi suka. Pastu dapat voucher Starbucks kalau follow Berjaya punya insta. Follow je la kak ton, asalkan dapat freebies.Huhuhu.
Ni lah hasilnya..tapi aku tak paham kenapa pic ni menegak lah, malas aku  nak adjust

Jadinya ke Tioman Island la kita cuti sekolah bulan May nanti. Kalau tak silap weather time tu pun ok. InsyaAllah. Lepas settle tu pegi rayau-rayau lagi. Terjumpa pulak booth Lexis PD. Ish, menarik jugak. Yang ada private pool tu rm470 je. Chalet pulak rm290. Ish, macam mahu je, macam best je, ,macam nak beli je. So beli juga yang ini. Maybe nak bawak bebudak ni time cuti sekolah bulan December nanti.
Menarik kan kak ton!!!

Huh, penat aku berjalan sana-sini hokey. Ni penat tak hilang lepas ni nak pegi Midvalley pulak nak tukar duit. Iols sefamily nak pegi Singapore kejap. Short trip saje. So nak kena tukar duit PRONTO sebab nak pegi nya ESOK!!! Huhu semua benda last minute :P Apa-apa pun, dah settle plan cuti-cuti Malaysia tahun ni. InsyaAllah tahun depan nak pegi lagi MATTA Fair ni. Memang terbaek!!!!!

Wednesday, March 19, 2014

MONJO Coffee


Adalah satu hari ni aku dengan sorang officemate ni macam lost la nak dinner kat mana. Pastu aku macam teringin nak makan something yang lain dari kebiasaan. Eceh. Pastu berfikir-fikir la ni dengan kawan aku sampai la kitorang decided nak makan dekat MONJO Coffee. Aku tak pernah pegi tapi officemate aku ni penah try la dulu. Dia cakap coffeeshop ni offer ALL-DAY BREAKFAST. Eh, menarik noks. Jom kita pergi! So kitorang terjah la MONJO Coffee dan masa nak order (order di counter) cashier ni suggest kitorang amik Valentine’s set yang last daynya on that day! Ada a few set breakfast untuk dipilih, siap drinks (hot/cold) dan dessert (Chocolate Eclairs). So aku order English Breakfast and kawan aku order Egg Benedict set. Reviewnya : Makanan – Ok, sedap tapi aku punya baby spicah goreng a bit oily. Aku pilih Ice Chocolate tapi chocolate dia kurang so macam kurang umpph. Dessert – sedap. Overall, mungkin boleh datang lagi kalau nak makan all-day breakfast set. MONJO Coffee ni terletak di Tingkat 5, Shaftbury Square Cyberjaya. Ok!! Jom layan gambar yang tak seberapa ni!!

Egg Benedict

English Breakfast Set

Wednesday, March 12, 2014

Air Asia Free Seat Promo

Image taken from Google
Salah satu azam tahun 2014 adalah untuk mengembalikan semula semangat untuk travel. Since anak-anak pun dah besar, kira independent la (walaupun yang kecik baru 3 tahun) tapi so long bukan category infant kan, boleh la kalau nak tinggalkan diorang ni dengan nenek dalam seminggu ke huhuhu (sorry nenek, mintak tolong sangat). So since AirAsia (AA) ada promo untuk free seat ini telah membolehkan aku booked trip ke JEPUN!!! Yes JEPUN!!. Sebenarnya 2-3 hari aku asyik masuk website AA pastu time nak key in payment details terus diam pastu website tu asyik remind nak continue ke tak, aku pun close terus. Sebabnya asyik terfikir, boleh ke ni? Boleh ke aku ni? Jepun ni? Lost in translation ni? Macam mana ni? Ada duit ke time nak pergi nanti? Aaaah!!! Macam-macam la aku fikir. Last-last, that’s it la. Aku pun dengan selambanya booked tanpa rasa ragu-ragu. Sebabnya bila aku fikir dalam-dalam, sampai bila?!! Kemon, sampai bila?!! Jepun memang dalam list top 5 “Tempat yang perlu di-visit” bagi aku la. Bila dapat ticket murah haruslah proceed. Trip adalah pada bulan 1 next year so boleh lah dalam beberapa bulan ni untuk menabung kos-kos penginapan, makan minum dan transportation disana. At the same time, stalk blog-blog orang yang buat travelogue ke Jepun. Ambik tips-tips yang patut. Seriously can’t wait!!!!

Sunday, March 9, 2014

MH370

Setakat waktu ini, tiada apa-apa clue yang boleh membawa kepada dimana hilangnya pesawat MAS MH370. Semua pihak dari authorities, reporters dan waris yang terlibat menunggu dengan penuh harapan agar pesawat ini dijumpai. Semua orang clueless dan boleh jadi hopeless bagaimana dan dimana hilangnya pesawat ini. Kita hanya boleh berdoa kepada Allah SWT kerana hanya DIA yang mengetahui segalanya. Harapan agar pesawat ini ditemui dan semua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat hendaknya. Amin.
Image taken from Google

Wednesday, March 5, 2014

Azam

Image taken from Google
Tahun 2014 dah masuk bulan 3 ni. Apa yang dah ada dalam follow up list? List pun xda nak follow up apekebenda? OK la macam ni. Mungkin boleh start buat “to-do-list” sekarang ni. Belum terlambat lagi kot. Ada 10 bulan lagi untuk kita merealisasikan impian kita. Contoh macam nak kumpul duit. So 10 bulan kalau kumpul duit RM100 sebulan tak ke dah ada RM1K by end of the year. So boleh la guna duit tu untuk travel ke, reno rumah ke (cukup ke seribu nak reno rumah dik?), shopping ke, dan lain-lain benda la yang boleh kita buat dengan duit bernilai RM1K. So kesimpulannya, masih belum terlambat lagi la kot sekiranya kita-kita ni rasa macam loser je bila tau-tau, tengok calender dah bulan 3?!! Tak payah terkejut sangat lah kan :P

Tuesday, March 4, 2014

Hello there - Salam Ukhuwah

Salam perkenalan. Saja create blog ni untuk cerita pasal semua benda yang berkaitan dengan diri sendiri dan mungkin orang lain. Lebih kepada sharing the good things and the good vibes. Mungkin boleh guna untuk reference juga. Tak kisah la macam-macam mana pun, jangan korang plagiat sudah, I saman U!!! :p