Thursday, March 20, 2014

Singapore kami datang! Day 1

 
Muka memasing sebelum naik flight
Sabtu lepas kami sekeluarga bersama BFF sekeluarga menjejakkan kaki ke Singapura. Sebenarnya plan asal ke Singapore adalah antara MrD dan suami BFF (MrF) yang mahu melihat datuk Mick Jagger dan kawan2 aka ROLLING STONES buat concert di sana. Aku memang takda la hati nak ikut sekali sebab kata MrD, diorang nak pegi concert saja. Pegi-concert-balik-tido airport-balik Malaysia. Itulah plan asalnya. Akan tetapi plan itu berakhir dengan plan ke USS juga secara berjemaah selepas si isteri-isteri campur tangan. Kahkahkah. So ke Singapore la kami 2 keluarga. Pergi hari Sabtu balik hari Isnin. Ben terpaksa ponteng sekolah Isnin tu sebab flight petang Isnin, so tak sempat nak pegi class. Lagipun cikgu dah cakap kalau jerebu tak payah datang sekolah. Baik cikgu, huhuhu. Kami decided nak bawak kereta and parking di LCCT. BFF decided nak naik cab dari rumah. So berjumpalah kami 2 keluarga dekat LCCT dalam pukul 8 lebih hari Sabtu tu. Breakfast kat MCD pastu terus check-in bag. Kami masing-masing bawak stroller. So untuk sesiapa yang nak berjalan naik AirAsia bawak stroller, don’t worry stroller boleh check-in free. Korang boleh angkut sampai parking kapal terbang tu pastu fold and letak je dia kat bawah tangga tu. Jangan risau ada orang jaga kat situ akan angkut stroller korang masuk bonet kapal terbang. Flight nak pergi memang sedikit jahanam. Dah la sekarang tengah cuak-cuak pasal missing MH370, flight kitorang goyang-goyang gerudi pulak masa nak take-off tu. Huisssh, seram ok. Walaupun muka maintain rileks tapi dalam hati memang berdoa banyak-banyak. Bukan apa, bawak budak-budak ni kang kalau kita pun buat muka cuak, diorang apatah lagi. Huhu. So Alhamdulillah landed dengan selamat kat Changi Airport. FYI last time, low cost flight turun dekat Singapore low cost terminal tapi sekarang no more. Semua kat Changi Airport. Cuma beza-beza terminal saje. Air Asia dekat Terminal 1. Kitorang decided naik MRT ke hotel sebab tak rushing pun. Turun dekat MRT station Plaza Singapura untuk grab lunch sebelum heading to hotel. Kitorang stay dekat Innotel, Penang Lane. 5 minutes walking distance ke MRT Dhobi Ghout dan Plaza Singapura. Sebelum ni dah pernah stay sini so memang ok la price dia. Next time kalau nak stay sini, manager hotel ni siap offer 10% discount. Heheh, return customer kan. Bapak-bapak budak-budak ni gerak dari hotel dalam pukul 5p.m. untuk ke concert. Kitorang yang tinggal ni lepak la kat hotel sambil tengok youtube kat tv. Oh hotel ni WIFI free. So boleh la update apa yang patut kat FB ke Insta ke, eceh :P Around 6pm kitorang gerak keluar from hotel nak grab something for dinner kat Plaza Singapura. Sambil tu BFF nak jumpa ex-colleague dia yang keje kat sini. Lepas dinner pergi Cold Storage beli snack tuk bebudak ni, uish memang rambang mata la tengok shelves for snacks and chocolates dia. Tapi lepas convert erks fikir 18kali nak beli. So just grab apa yang patut je. Balik hotel, lepak-lepak kejap dengan BFF sampai la bapak-bapak budak ni balik dari concert. Dah la penat ai type, korang layan la gambar-gambar ni.
Muka dalam flight sebelum take off.

Ben yokyok je tengok map sambil garu-garu kepala :P

Layan upin ipin kat hotel

Sarah kepenatan

Baby Clayden, anak ex-colleague BFF

Ini je ole-ole dari concert Rolling Stones. Merchandise mahal, even t-shirt yang Mr D beli pun dah SGD50, erks.

No comments:

Post a Comment